Kau Lah Ibu, Kau Lah Teman, Hilang Mu Pasti Ku Rindu, Tetap Mekar Dalam Ingatan
Pada hari khamis bersamaan 19 november 2015 yang lalu warga SKTP telah mengadakan satu majlis persaraan khusus untuk Puan Kintan binti Amir yang akan bersara dari dunia pendidik disekolah pada 30 november ini.
Beliau adalah seorang guru yang berdedikasi, beliau juga adalah seorang insan yang tidak pernah jemu atau pun kedekut untuk mengajar dan mendidik bukan pada murid-murid malah kepada rakan-rakan guru juga beliau sangup membantu dari segi apa pun..
Beliau mempunyai 4 orang cahaya mata, 2 orang menantu dan 2 orang cucu kesayangan yang sentiasa ada bersama beliau tidak kira dimasa apa pun.
Kami warga SKTP merasai kehilangan yang sangat besar yang tidak akan ada gantinya lagi. Maka kami menadah tangan mendoakan Puan Kintan binti Amir akan sentiasa diberikan kemudahan dan kesenangan dalam menghadapi hidup selepas bersara.
KAMI SAYANGGGG CIKGU KINTAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan