SURAH LOQMAN AYAT 16 - 19
BERMAKSUD:
16. Luqman menasihati anaknya dengan berkata):
"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik
atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam
batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang,
dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan
yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat melakukannya.
18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan,
juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk
suara ialah suara keldai".